Bandar Segamat Segamat

Pembangunan bandar Segamat sudah banyak perubahan dan dinaiktarafkan namun begitu, di samping banyak bangunan perniagaan baru dibina tetapi bandar ini tetap mengekalkan bangunan-bangunan lama dan masih baik.

Jambatan pertama (jambatan lama) dan jambatan kedua Segamat (jambatan baru) menghubungkan Bandar Atas dengan Bandar Seberang. Jambatan kedua ini telah dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2005. Setelah terbinanya jambatan kedua di Segamat, kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Bandar Segamat juga merupakan bandar ke-5 terbesar di negeri Johor dengan populasi melebihi 100,000 penduduk. Bandar Segamat dibahagikan kepada 2 bandar kerana dipisahkan oleh Sungai Segamat:-

  • Bandar Atas – Pusat Bandar Segamat. Bandar rasmi dan pusat pentadbiran Segamat.Terdapat pusat pejabat kerajaan.
  • Bandar Seberang – Terletak diseberang Sungai Segamat. Dipanggil bandar seberang oleh penduduk tempatan kerana lokasinya terletak di seberang sungai Segamat. Disini juga banyak didirikan pusat membeli-belah utama di Segamat.
  • Bandar Utama -Terletak bersebelahan dengan Sungai Segamat yang merupakan suatu bandar era baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti hotel,pusat komersial(Kip Mart),pusat perniagaan dan jabatan kerajaan.
  • Bandar Tekstil -Bandar yang mempunyai kedai-kedai menjual kain yang terbesar di Segamat iaitu Jakel Trading dan kedai-kedai kain yang lain seperti Jinnah Store,Rejinah Store dan Butik Bonanza.

Kawasan berdekatan bandar Segamat juga tidak terkecuali bukan hanya bandar baru tetapi termasuk juga pekan-pekan kecil antaranya ialah Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru dan Bandar Putra Segamat. Ini menjadikan keseluruhan penduduk di sekitar bandar dianggarkan kira-kira 120,000 orang penduduk.

Tempat menarik

Dataran Segamat yang telah di ubahsuai
  • Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Apabila pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian dan menara bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan.Pada 30 Ogos 2012,Segamat menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Raya dan Malam Ambang Merdeka.Turut dihadiri Menteri Besar Johor,Dato'Abdul Ghani bin Osman dan ADUN Segamat serta VIP lain.
  • Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.
  • Makam Bendahara Tepok – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan dengan Lubuk Batu.
  • Makam Raja Temenggong Muar Makam Dinasti Raja2 temenggong Muar juga berada disini. Raja temenggong Muar merupakan kerajaan berdaulat yang didahului oleh Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus (mangkat di Kampung Pantai Layang, Muar). Ianya secara tradisi diteruskan oleh anakanda beliau iaitu Engku Sa'akar DiRaja sehinggalah yang terakhir iaitu Temenggong Wan Abdul Rahman Ibni Temenggong Engku Mohd. Salleh. Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus merupakan abang kandung kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid yakni induk kesultanan Johor, Pahang & Trengganu sehingga ke hari ini. Dato' Pasir Diraja Tun Sayid Jaafar Idrus & Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid adalah bapa saudara Sultan Mahmud Syah ll (Sultan Johor ke-10) yang mangkatnya di julangan.
  • Air Terjun Sungai Bantang -Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan 'jungle trekking', perkhemahan dan perkelahan.
  • Taman Rekreasi Sungai Segamat - Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.
  • Istana Hinggap -Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.
  • Benteng -Benteng merupakan suatu tempat medan selera yang panjang dan sentiasa dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga selepas 12 tengah malam yang terkenal di Segamat.Benteng terletak di tempat yang sangat strategik iaitu berhampiran pasaraya Econsave di Kampung Abdullah,Jalan Genuang Kampung,Bandar Seberang.Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menjamu selera pada waktu malam.
  • Bazaar Karat -Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Bazaar Karat iaitu sebuah kawasan sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan.Bazaar Karat dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi.Bazaar Karat telah menjadi tumpuan utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan pada waktu malam.
  • Jambatan Putus,Buloh Kasap- Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1 Namun tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap
  • Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang -Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat 4 kolam besar yang menadah air panas dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.
  • Air Terjun Takar Merluh, Kampung Tenang -Air terjun semulajadi yang terletak lebih kurang 12km dari bandar Labis. Pengujung perlu melalui kawasan Kampung Tenang dan melalui dusun-dusun tradisional yang di usahakan oleh penduduk kampung untuk sampai ke destinasi.
Bangunan Tertinggi Segamat
  • Pencakar Langit Segamat - Bangunan terletak di tengah-tengah Bandar Atas,Segamat.Bangunan ini telah dibina pada hujung tahun 80 -an , malangnya setelah selesai pembangunan ini,ia tidak diluluskan atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dijamin.Ia hanya dapat digunakan bahagian yang bawah sahaja dan ia telah digunakan sebagai Pasaraya Derang Emas tetapi telah ditutup.Sekarang,bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pemeliharaan Burung Layang-Layang.Bangunan ini menjadi ikon kebanggaan daerah Segamat meskipun bangunan ini menjadi semakin usang.Reka bentuk bangunan ini sama seperti bangunan Parlimen Malaysia dengan mempunyai 22 tingkat.
  • Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi - Merupakan satu institusi latihan untuk pelbagai aktiviti mencabar seperti berbasikal,jungle trekking dan banyak lagi aktiviti yang menarik.Terletak di Felcra Tebing Tinggi,Segamat.
  • Air Terjun Jeram Tinggi -Tempat perkelahan yang terletak jauh di pedalaman di Kampung Ulu Jementah,Segamat.Ia adalah salah satu laluan ke Gunung Mahligai dan berhampiran sempadan Segamat-Ledang.Tempat yang indah dan sesuai untuk aktiviti Jungle-Trekking,berenang dan pendakian.
  • Taman Awam Tasik Segamat -Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai Segamat.Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.
  • Lain-lain -Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti:-
  1. One Segamat @ UO Superstore
  2. Billion Shopping Centre
  3. Pasaraya KU
  4. Pasaraya Hwa Thai
  5. Econsave Hypermarket
  6. Nirwana Supermarket,
  7. Upwell Shopping Centre
  8. Kip Mart Segamat
  9. Lotus Five Star
  10. Jakel Trading

Tempat Penginapan

Pelancong boleh menginap di Tempat Penginapan di Segamat seperti:-

  • Homestay
  1. Homestay Inap Ustazah Zainon, Kg. Bumbun, Pekan Jabi
  2. Homestay Inapan Desa Afiq, Kg. Bumbun, Pekan Jabi
  3. Homestay Bekok,Labis
  4. Homestay Segamat,Taman Yayasan
  5. Homestay Segamat 2,Taman Perkasa,Kampung Jawa
  6. Homestay D'Felda,Kg.Gelang Chinchin
  7. IVY Homestay @ Segamat,Jln Ibrahim
  8. Homestay Segamat Tok Ayah,Kg.Bumbun
  9. Azlan Ant Segamat Homestay,Taman Yayasan
  10. Zaireen Homestay,Kg Kubu Dedap,Jementah
  11. Homestay Bandar Putra IOI
  12. Rumah Tamu Teratak Ixora, Taman Yayasan
  • Hotel
  1. Hotel ID
  2. Hotel Koptown
  3. Hotel Neo Pegasus
  4. Villa Hotel
  5. Golden Lake Garden Hotel
  6. Pine Classic Inn Hotel

Kesenian dan Kebudayaan

Segamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya.Tarian ini menjadi semakin popular di seantero dunia.

Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.

Sukan Payung Terjun

Segamat merupakan pusat bagi penggemar sukan lasak payung terjun kerana Segamat merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai kemudahan landasan kapal terbang awamnya sendiri bukan sahaja di Johor tetapi di Malaysia. Landasan ini dibuka semasa pendudukan Jepun dan kini dibuka kepada kapal terbang persendirian. Lokasi landasan ini terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Segamat dan Pusat Latihan Memandu (JPJ) dan ia lebih dikenali sebagai Drop Zone (DZ) Segamat.

Para penggemar sukan ini bukan sahaja datang dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari Asia. Bagi penggemar sukan lasak ini, DZ Segamat dikenali sebagai 'landasan sempit' kerana ianya mempunyai kawasan terhad terutama semasa melakukan pendaratan. Antara kelab yang aktif melakukan latihan penerjunan, ialah Skydiving Extreme Sports Club (SKIES).

Segamat Racing FC

Pada peringkat awal penubuhan kelab ini, tiada sebarang matlamat yang ditetapkan. Hanya sebagai sebuah kelab untuk beriadah sahaja. Setelah kelab mempunyai ahli yang semakin ramai, dengan rasminya kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1998. Pada tahun 1999 kelab ini mula bergiat aktif dengan menyertai berbagai kejohanan yang diadakan diperingkat daerah Segamat mahupun peringkat luar daerah sehingga ke hari ini. Sehingga kini seramai lebih kurang 60 orang ahli berdaftar menjadi kelab.

Kebanyakkan pemain kelab ini adalah terdiri daripada belia tempatan sekitar bandar Segamat. Pemilihan pemain pula adalah berdasarkan penelitian Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang terdiri daripada bekas-bekas pemain daerah Segamat yang pada ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Kelab Racing F.C.

Kelab ini mula menonjolkan diri pada tahun 2003, di mana kemasukkan pemain-pemain yang pernah serta sedang mewakili daerah ketika itu telah menjadikan satu pasukan bolasepak yang mantap dan telah menjadi juara Piala F.A pada tahun 2003.

Hasil dari pengurusan yang teratur dan konsisten serta komitmen pemain sehingga hari ini, ia memberi impak yang besar disetiap kejohanan sukan bolasepak dan futsal yang diadakan di daerah Segamat dan di luar daerah.

Rujukan

WikiPedia: Segamat http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=2510 //scholar.google.com/scholar?q=%22Segamat%22 //www.google.com/search?&q=%22Segamat%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Segam... //www.google.com/search?q=%22Segamat%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Segamat%22+... http://www.utusan.com.my/mobile/berita/wilayah/joh... http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pe... http://www.johordt.gov.my/mds/ http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/asal_us...